Tuesday 13 May 2014

Batik UiTM jadi tumpuan di Oman


















Selama 19 hari bermula dari 12 Februari hingga 2 Mac 2013, delegasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diwakili oleh 5 orang pensyarah dan 5 orang pelajar dari Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) telah terlibat dalam Muscat Festival 2013 ( International Handicrafts and Traditional Arts ) di Oman. Delegasi yang diketuai oleh Dr. Basitaf Taif ( Ketua Pusat Pengajian Tekstil dan Fesyen ) mengadakan aktiviti kesenian seperti pameran batik , pengkomersilan produk batik, dan demonstrasi batik kepada tetamu yang hadir antaranya dari Tunisia, Indonesia, Iran, Morrocco, Bangladesh, India, Thailand, dan Perancis. Peragaan Batik juga dipersembahkan di Kedutaan Malaysia di Oman yang mendapat sambutan positif di kalangan tetamu yang hadir terutamanya dari Pertubuhan Wanita Amerika Syarikat.

Aktiviti yang dijayakan bersama oleh para pensyarah iaitu En. Azman Mohamad, Puan Elliza Hashim, En Rahman Rosman dan Puan Faradiba Liana Naser serta para pelajar iaitu Saudari Shafura Sehat, Saudari Illi Aaina Yahya, Saudari Nor Amirah Mohamad Yusof, Saudara Norhashim Abdullah dan Saudara Fahmi Abdullah telah berjaya menggamit tarikan bukan sahaja kepada tetamu yang hadir malah kumpulan media serta tetamu kenamaan di festival tersebut.

Pihak UiTM, khususnya (FSSR) amat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Oman dan Kerajaan Oman dalam merealisasikan usaha dan inisiatif ini. Sesungguhnya, hasil seni kreatif dari UiTM bukan sahaja telah meletakkan UiTM di peta dunia malah mempromosikan seni dan budaya Malaysia di persada global.

Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada pengurusan FSSR khususnya Prof. Dr. Mustaffa Halabi Haji Azahari ( Dekan ) serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di atas sokongan dan galakkan dalam menjayakan misi serampang dua mata ini.
Joomla! - the dynamic portal engine and content management system
ARTGALLERY.UITM.EDU.MY|BY ADMIN ARTGALLERY

.



No comments:

Post a Comment