Tuesday 13 May 2014


PENGENALAN KEPADA TEKSTIL

PENGENALAN KEPADA TEKSTIL

     Untuk pengetahuan semua, Tekstil adalah satu industri yang besar dan mempunyai scope yang luas. Ianya melibatkan banyak industri. Bukan hanya dalam bidang pakaian (Fesyen) sahaja bahkan banyak lagi bidang- bidang lain. Contohnya yang paling senang untuk dilihat adalah "carpet" yang banyak digunakan sebagai pelapik lantai. Banyak lagi bahan tekstil ini diguna pakai dalam bidang automotif, decoration, furnishing, garment, construction, space (pakaian angkasa) dan sebagainya lagi.

     Sebenarnya di Malaysia, Tekstil adalah material yang paling sinonim dengan penduduknya. Yang dimaksudkan adalah pakaian, belbagai pakaian dan jenis material digunakan untuk mencorakan sesuatu design didalam masayrakat kita. Pakaian juga dipakai oleh semua kaum dengan cara mereka tersendiri. Persoalanya, adakah mereka tahu apakah sebenarnya material yang mereka sedang pakai. Sayangnya mereka tidak menyedari dan tidak mahu ambil tahu semua itu. Jikalau mereka tahu kepentinganya, sudah pasti mereka akan rasa bertapa pentingnya Tekstil dalam kehidupan seharian dan pasti mereka akan cuba mendalami ilmu tekstil itu sendiri.

     Sepatutnya semua masyarkat Malaysia patut tahu secara asas serba sedikit mengenainya. Golongan yang paling patut tahu adalah mereka yang terlibat lansung dalam industri Tekstil seperti penjual kain, pembuat batik, penjahit, pemilik butik, dan sesiapa sahaja yang terlibat lansung dalam bidang Tekstil.

"Tahu secara asas" disini ialah mengetahui penggunaan pada tempatnya. Sebagai contoh, kenderaan manakah yang sesuai untuk masuk kehutan dan memanjat bukit? Adakah kereta yang sesuai atau pick-up ataupun track. Anda pun tentu tahu jawapanya. Sudah tentu kereta sama sekali tidak sesuai untuk memanjat bukit.

    Dalam blog ini saya cuba memasukan seberapa banyak malumat mengenai Tekstil dan Fabrik untuk menjanakan maklumat sebagai pegetauan tambahan. Saya cuba membuat pecahan kepada topik- topik besar seperti "Asas Pembuatan Tekstil" dan "Industri- industri yang terlibat secara lansung". Secara ringkasnya, dibawah adalah antara sub-topik yang akan dibincangkan lebih lanjut dari masa ke semasa:-

A). Asas pembuatan Tekstil
1.  Pengenalan kepada Fiber
2. Pengenalan kepada Yarn/ Benang
3. Pengenalan kepada Fabrik
4. Proces deying/ mewarna fabrik
5. Produk- produk yang dihasilkan dari Fabrik.

B). Industri yang telibat secara langsung
1.  Pakaian dan Fesyen
2. Penggunaan dalam Automotif
3. Penggunaan dalam bidang Perubatan
4. Penggunaan dalam bidang Penghotelan
5. Penggunaan dalam Kejuruteraan


 SENI KRAF MALAYSIA (TEKSTIL)




     Tekstil pada asalnya merupakan satu benda yang dicipta bertujuan untuk melindungi tubuh badan. Zaman kian beranjak sedikit demi sedikit, menjadikan tekstil sebagai pelengkap kepada sesebuah upacara rumah tangga, sebagai simbol kebesaran pemakai, media ekspresi seni dan sebagainya. Tekstil dapat merangkumi pelbagai segi antaranya ialah antropologi (sosial dan budaya) kerana dapat menunjukkan adat istiadat sesuatu masyarakat dan juga arkeologi kerana dapat melahirkan sejumlah informasi pada evolusi budaya. Sebagai media ekspresi seni, seni tekstil dapat dikumpulkan dalam koleksi seni rupa (fine art), seni rakyat (folk arts) atau seni pendatang (tourist arts). Seni kraf tekstil ini meliputi batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain lagi .


Batik, songket, tenun Pahang Diraja, pua dan dastar antara kraf tekstil tempatan yang banyak menyimpan pelbagai kisah dan lagenda. Tekstil warisan ini terus berkembang dan turut mengalami perubahan terutama pada teknik pembuatan, reka corak, warna dan penggunaan bahan. Hasil kajian dan penyelidikan yang dilakukan secara berterusan, kraf tekstil yang unik dan beridentiti sendiri mula menjadi pilihan pereka fesyen tempatan dan dari luar negara. Adunan warna dan reka corak menarik pada batik sesuai dijadikan pakaian santai, kasual ataupun pakaian petang yang anggun dan eksklusif. Kehalusan songket serta kain tenun Pahang Diraja terus meletakkan kedua-dua kraf tekstil ini sebagai warisan agong kebanggaan bangsa. Setiap helai pua dan dastar yang ditenun pula mempunyai pelbagai mitos dan lagendanya sendiri.


Batik UiTM jadi tumpuan di Oman


















Selama 19 hari bermula dari 12 Februari hingga 2 Mac 2013, delegasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diwakili oleh 5 orang pensyarah dan 5 orang pelajar dari Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) telah terlibat dalam Muscat Festival 2013 ( International Handicrafts and Traditional Arts ) di Oman. Delegasi yang diketuai oleh Dr. Basitaf Taif ( Ketua Pusat Pengajian Tekstil dan Fesyen ) mengadakan aktiviti kesenian seperti pameran batik , pengkomersilan produk batik, dan demonstrasi batik kepada tetamu yang hadir antaranya dari Tunisia, Indonesia, Iran, Morrocco, Bangladesh, India, Thailand, dan Perancis. Peragaan Batik juga dipersembahkan di Kedutaan Malaysia di Oman yang mendapat sambutan positif di kalangan tetamu yang hadir terutamanya dari Pertubuhan Wanita Amerika Syarikat.

Aktiviti yang dijayakan bersama oleh para pensyarah iaitu En. Azman Mohamad, Puan Elliza Hashim, En Rahman Rosman dan Puan Faradiba Liana Naser serta para pelajar iaitu Saudari Shafura Sehat, Saudari Illi Aaina Yahya, Saudari Nor Amirah Mohamad Yusof, Saudara Norhashim Abdullah dan Saudara Fahmi Abdullah telah berjaya menggamit tarikan bukan sahaja kepada tetamu yang hadir malah kumpulan media serta tetamu kenamaan di festival tersebut.

Pihak UiTM, khususnya (FSSR) amat berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Oman dan Kerajaan Oman dalam merealisasikan usaha dan inisiatif ini. Sesungguhnya, hasil seni kreatif dari UiTM bukan sahaja telah meletakkan UiTM di peta dunia malah mempromosikan seni dan budaya Malaysia di persada global.

Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada pengurusan FSSR khususnya Prof. Dr. Mustaffa Halabi Haji Azahari ( Dekan ) serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di atas sokongan dan galakkan dalam menjayakan misi serampang dua mata ini.
Joomla! - the dynamic portal engine and content management system
ARTGALLERY.UITM.EDU.MY|BY ADMIN ARTGALLERY

.



aktiviti jabatan

Program Suai Kenal Pelajar Baru & Lama Ke Jabatan Seni Reka Tekstil TAMAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM, Shah Alam








Pada 24 Mac 2013 yang lalu, satu 
program
 suai kenal diantara pelajar lama & baru anjuran Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Shah Alam telah diadakan. Taman Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam telah dipilih sebagai lokasi program ini. Seramai 163 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar Semester 1,2,3 dan 6. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Basitah Taif selaku KPP Jabatan Seni Reka Tekstil.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk merapatkan jurang persahabatan serta melahirkan semangat kekeluargaan antara pelajar baru dan lama di Jabatan Seni Reka Tekstil. Selain itu, melalui program ini, para pelajar diberi peluang untuk merancang aktiviti yang berupaya memberi motivasi untuk berusaha ke arah kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kurikulum.

Aktiviti yang bertemakan 'Fear Factor' mencabar ketangkasan dan kemahiran para pelajar dalam menyelesaikan cabaran yang telah disediakan di setiap checkpoint, antaranya Who Am I dan juga Rambo Taste. Program ini telah memberi banyak manfaat kepada para pelajar dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dan seterusnya di alam pekerjaan kelak.





HASIL KARYA PELAJAR JABATAN SENI REKA TEKSTIL (UITM SHAH ALAM)



NAIB JOHAN PSE 2013(PIALA SERI ENDON)











PSE 2012







FIBER