Dunia Seni Bidang TEKSTIL UiTM Shah Alam
Saturday 21 June 2014
Tuesday 13 May 2014
PENGENALAN KEPADA TEKSTIL
PENGENALAN KEPADA TEKSTIL
Untuk
pengetahuan semua, Tekstil adalah satu industri yang besar dan
mempunyai scope yang luas. Ianya melibatkan banyak industri. Bukan hanya dalam
bidang pakaian (Fesyen) sahaja bahkan banyak lagi bidang- bidang lain.
Contohnya yang paling senang untuk dilihat adalah "carpet"
yang banyak digunakan sebagai pelapik lantai. Banyak lagi bahan tekstil ini
diguna pakai dalam bidang automotif, decoration, furnishing, garment,
construction, space (pakaian angkasa) dan sebagainya lagi.
Sebenarnya di Malaysia,
Tekstil adalah material yang paling sinonim dengan penduduknya. Yang
dimaksudkan adalah pakaian, belbagai pakaian dan jenis material digunakan untuk
mencorakan sesuatu design didalam masayrakat kita. Pakaian juga dipakai oleh
semua kaum dengan cara mereka tersendiri. Persoalanya, adakah mereka tahu
apakah sebenarnya material yang mereka sedang pakai. Sayangnya mereka tidak
menyedari dan tidak mahu ambil tahu semua itu. Jikalau mereka tahu
kepentinganya, sudah pasti mereka akan rasa bertapa pentingnya Tekstil dalam
kehidupan seharian dan pasti mereka akan cuba mendalami ilmu tekstil itu
sendiri.
Sepatutnya
semua masyarkat Malaysia patut tahu secara asas serba sedikit mengenainya.
Golongan yang paling patut tahu adalah mereka yang terlibat lansung dalam
industri Tekstil seperti penjual kain, pembuat batik, penjahit, pemilik butik,
dan sesiapa sahaja yang terlibat lansung dalam bidang Tekstil.
"Tahu secara asas"
disini ialah mengetahui penggunaan pada tempatnya. Sebagai contoh, kenderaan
manakah yang sesuai untuk masuk kehutan dan memanjat bukit? Adakah kereta yang
sesuai atau pick-up ataupun track. Anda pun tentu tahu jawapanya. Sudah tentu
kereta sama sekali tidak sesuai untuk memanjat bukit.
Dalam blog ini
saya cuba memasukan seberapa banyak malumat mengenai Tekstil dan Fabrik untuk
menjanakan maklumat sebagai pegetauan tambahan. Saya cuba membuat
pecahan kepada topik- topik besar seperti "Asas Pembuatan Tekstil"
dan "Industri- industri yang terlibat secara lansung". Secara
ringkasnya, dibawah adalah antara sub-topik yang akan dibincangkan lebih lanjut
dari masa ke semasa:-
A). Asas pembuatan Tekstil
1. Pengenalan kepada Fiber
2. Pengenalan kepada Yarn/ Benang
3. Pengenalan kepada Fabrik
4. Proces deying/ mewarna fabrik
5. Produk- produk yang dihasilkan dari Fabrik.
B). Industri yang telibat secara
langsung
1. Pakaian dan Fesyen
2. Penggunaan dalam Automotif
3. Penggunaan dalam bidang Perubatan
4. Penggunaan dalam bidang Penghotelan
5. Penggunaan dalam Kejuruteraan
SENI KRAF MALAYSIA (TEKSTIL)
Tekstil pada asalnya merupakan
satu benda yang dicipta bertujuan untuk melindungi tubuh badan. Zaman kian
beranjak sedikit demi sedikit, menjadikan tekstil sebagai pelengkap kepada
sesebuah upacara rumah tangga, sebagai simbol kebesaran pemakai, media ekspresi
seni dan sebagainya. Tekstil dapat merangkumi pelbagai segi antaranya ialah
antropologi (sosial dan budaya) kerana dapat menunjukkan adat istiadat sesuatu
masyarakat dan juga arkeologi kerana dapat melahirkan sejumlah informasi pada
evolusi budaya. Sebagai media ekspresi seni, seni tekstil dapat dikumpulkan
dalam koleksi seni rupa (fine art), seni rakyat (folk arts)
atau seni pendatang (tourist arts). Seni kraf tekstil ini meliputi
batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain lagi .
Batik, songket, tenun Pahang Diraja,
pua dan dastar antara kraf tekstil tempatan yang banyak menyimpan pelbagai
kisah dan lagenda. Tekstil warisan ini terus berkembang dan turut mengalami
perubahan terutama pada teknik pembuatan, reka corak, warna dan penggunaan
bahan. Hasil kajian dan penyelidikan yang dilakukan secara berterusan, kraf
tekstil yang unik dan beridentiti sendiri mula menjadi pilihan pereka fesyen
tempatan dan dari luar negara. Adunan warna dan reka corak
menarik pada batik sesuai dijadikan pakaian santai, kasual ataupun pakaian
petang yang anggun dan eksklusif. Kehalusan songket serta kain tenun Pahang
Diraja terus meletakkan kedua-dua kraf tekstil ini sebagai warisan agong
kebanggaan bangsa. Setiap helai pua dan dastar yang ditenun pula mempunyai
pelbagai mitos dan lagendanya sendiri.
Batik UiTM jadi tumpuan di Oman
Selama 19 hari bermula dari 12
Februari hingga 2 Mac 2013, delegasi dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang
diwakili oleh 5 orang pensyarah dan 5 orang pelajar dari Jabatan Seni Reka
Tekstil, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (FSSR) telah terlibat dalam Muscat
Festival 2013 ( International Handicrafts and Traditional Arts ) di Oman.
Delegasi yang diketuai oleh Dr. Basitaf Taif ( Ketua Pusat Pengajian Tekstil
dan Fesyen ) mengadakan aktiviti kesenian seperti pameran batik ,
pengkomersilan produk batik, dan demonstrasi batik kepada tetamu yang hadir
antaranya dari Tunisia, Indonesia, Iran, Morrocco, Bangladesh, India, Thailand,
dan Perancis. Peragaan Batik juga dipersembahkan di Kedutaan Malaysia di Oman
yang mendapat sambutan positif di kalangan tetamu yang hadir terutamanya dari
Pertubuhan Wanita Amerika Syarikat.
Aktiviti yang dijayakan bersama
oleh para pensyarah iaitu En. Azman Mohamad, Puan Elliza Hashim, En Rahman
Rosman dan Puan Faradiba Liana Naser serta para pelajar iaitu Saudari Shafura
Sehat, Saudari Illi Aaina Yahya, Saudari Nor Amirah Mohamad Yusof, Saudara
Norhashim Abdullah dan Saudara Fahmi Abdullah telah berjaya menggamit tarikan
bukan sahaja kepada tetamu yang hadir malah kumpulan media serta tetamu
kenamaan di festival tersebut.
Pihak UiTM, khususnya (FSSR) amat
berterima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh
Kedutaan Malaysia di Oman dan Kerajaan Oman dalam merealisasikan usaha dan
inisiatif ini. Sesungguhnya, hasil seni kreatif dari UiTM bukan sahaja telah
meletakkan UiTM di peta dunia malah mempromosikan seni dan budaya Malaysia di
persada global.
Sekalung penghargaan turut
ditujukan kepada pengurusan FSSR khususnya Prof. Dr. Mustaffa Halabi Haji
Azahari ( Dekan ) serta Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) di atas sokongan dan
galakkan dalam menjayakan misi serampang dua mata ini.
Joomla! - the dynamic portal
engine and content management system
ARTGALLERY.UITM.EDU.MY|BY ADMIN
ARTGALLERY
.
aktiviti jabatan
Program Suai Kenal Pelajar Baru & Lama Ke Jabatan Seni Reka Tekstil TAMAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM, Shah Alam
Program Suai Kenal Pelajar Baru & Lama Ke Jabatan Seni Reka Tekstil TAMAN BUKIT CAHAYA SERI ALAM, Shah Alam
Pada 24 Mac 2013 yang lalu, satu
program
suai kenal diantara pelajar
lama & baru anjuran Jabatan Seni Reka Tekstil, Fakulti Seni Lukis &
Seni Reka, UiTM Shah Alam telah diadakan. Taman Bukit Cahaya Seri Alam, Shah
Alam telah dipilih sebagai lokasi program ini. Seramai 163 orang pelajar telah
menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar Semester 1,2,3 dan 6.
Program ini telah dirasmikan oleh Dr Basitah Taif selaku KPP Jabatan Seni Reka
Tekstil.
Tujuan program ini dijalankan
adalah untuk merapatkan jurang persahabatan serta melahirkan semangat
kekeluargaan antara pelajar baru dan lama di Jabatan Seni Reka
Tekstil. Selain itu, melalui program ini, para pelajar diberi peluang untuk
merancang aktiviti yang berupaya memberi motivasi untuk berusaha ke arah
kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kurikulum.
Aktiviti yang bertemakan 'Fear
Factor' mencabar ketangkasan dan kemahiran para pelajar dalam menyelesaikan
cabaran yang telah disediakan di setiap checkpoint, antaranya Who
Am I dan juga Rambo Taste. Program ini telah memberi banyak manfaat kepada para
pelajar dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar dan seterusnya di
alam pekerjaan kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)